Followers

NOTICE:

Now you can click on photo and it will zoom in. Thanks to the HighSlide Javascript. How to do it? its in my "Blog Stuff" page...

Saturday, September 25, 2010

Home » , , , , » Pengaruh positif kartun pada kanak-kanak?

Pengaruh positif kartun pada kanak-kanak?

Nih untuk ibu-ibu,bapa-bapa, soon to be parents, atuk & nenek.

Selalu org dok kata pasai pengaruh negative kartun kan untuk bebudak/anak-anak ni.
La ni nak story sikit pasai pengaruh positif yg aku sendiri nampak pada anak aku and anak adik ipar aku yang sama sebaya.

Kat rumah ada Astro Disney Channel yang merupakan feveret dedua anak aku & anak saudara aku nih.

Aku perhatikan, dedua orang sepupu nih suka tengok DIsney Channel yg siarkan kartun disney dalam bahasa Melayu baku. So deduaorang ni sekarang bila bercakap mesti guna bahasa baku macam kartun-kartun tu bercakap... dan mengagumkan aku sebab intonasi & slanga tu memang sejibik macam dalam kartun tu. Dengan mimik muka segala.

Contoh ayat tu:




"Mama, adik tidak mahu pakai baju itu kerana baju itu sangat pendek."
"Tapi mengapakah abah pergi ke kedai tidak menggunakan kereta kancil mama?"

Baca ayat kat atas tu dengan sebutan baku... memang bergaya.

Waktu aku memula dengar mmg aku gelak la sikit, tapi lepas dah lelama nih dah used to it dan aku lak jadik kagum lak dengan penguasaan dua orang nih.

Memang betul la, kartun ni medium terbaik untuk ajar bebudak. Tapi dedua orang nih tak minat lak kartun Kluang Man ka, Kekacang ka,, yang diorang layan cuma katun kat Disney Channel ajer contohnya Dibo The Gift Dragon, Handy Manny,Word World dsb.nya.


Macam kartun Word World ni, setiap object dalam kartun nih adalah dalam bentuk ejaan nama object tu. Tengok gambar nih...

Nampak tak yg ejaan tu mewakili objet contoh ROCKET, DOOR, FROG & BUG.

Dedua orang la ni, dah boleh mengenal simple ejaan cam kat atas tu.

SO aku rasa mmg positif la benda mcm ni, tapi bila masuk Cartoon Network... abis mcm-mcm jenis kartun ada.. dari BEN10 ke Nicklodeon something yang aku rasa cuma sebagai hiburan jer yang tak berapa sesuai untuk anak-anak nih.

Itu je la pemerhatian aku.. :)

p/s: Nanti bila masuk sekolah sure cikgu BM diorang pening... jangan jadi bahan kengkawan gelak dahle.. :)

6 Comments this post:

Ken Wooi said...

dah lama tak tengok disney cartoon =)

Unknown said...

@ken: betul tu.. nak kena watch back all the Donald Duck cartoon again.. :)

velasrizal said...

tu klo katun lawan2 mesti nak tiru..

Ayat - Ayat Mengorat Masa Kini

ISZA said...

ha.. ni siaran kegemaran anak2 akak..
memang ada kesan positif..
jangan tak tahu.. anak akak boleh jawab apa itu tenaga suria gara2 kartun..
yang lima tahun ni dah pandai cipta pantun sendiri gara2 upin ipin..

MiszNoRuL said...

betul tu..sepupu sy pn samer camtu..mase tu dia belum tadika pn lagi..siap speaking with the correct slang..bila dh masuk sekolah mase tu kt kelate, ade sesetengah member dia perli..kitorang pn layan jek dia speaking..

but its true, certain cartoons did their job to give knowledge and influence kids ..

Unknown said...

@velasrizal: itu la asal lawan jer mesti nak tiru, nasib baik ada gak yag tiru cakap kartun nih :)

@cikgu: pergh.. mmg upin ngan ipin ada impak kat bebudak cuma movie diorang jer yang sedikit "dark" jeri-jerit tengok dalam panggung.. :)

@miznurol: haa betul juge.. kan bebudak kecik nih senang tangkap apa yang diajar so mmg berbaloi la kalau layan channel disney nih...
down side dia.. sampai kita nak tengok cite lain pun tak boleh ahhah

Related Posts with Thumbnails